Make your own free website on Tripod.com

 

PORT DICKSON - PUSAT PERANGINAN MALAYSIA

 
   

                                  

    

PORT DICKSON

 Di samping Seremban, Port Dickson juga salah satu daya tarikan di Negeri Sembilan yang mempunyai pantai yang indah dengan pasir putih bersih dan laut Selat Melaka yang membiru. Terdapat sebuah lagun di Tanjung Tuan dengan dikelilingi pepohon Rhu yang amat sesuai untuk membawa keluarga atau kawan-kawan berkelah. Kawasan ini disahkan selamat daripada ancaman ikan jerung.
Kemudahan untuk para pelancong dan pengunjung seperti Hotel, Resot, kedai makan dan taman rekreasi terdapat di sepanjang pantai Port Dickson ini .

SEJARAH

 Port Dickson juga dikenali sebagai Tanjung. Perlombongan bijih timah telah giat dijalankan sekitar tahun 1820-an yang menarik ramai pendatang cina masuk ke tempat ini
Port Dickson dan Pulau Arang dibuka oleh Sir John Frederick dalam tahun 1889. Ia didapati sebagai tempat yang sesuai untuk membuka pelabuhan yang kemudiannya dibangunkan sebagai pusat perdagangan yang maju. Jalan Keretapi dibina untuk memudahkan pengangkutan. Walaupun pembangunan pesat di Port Dickson, namun pantainya tetap terpelihara keindahannya.         
                                                                                                                                                                                                                                                                                                  SAMBUNGAN