Make your own free website on Tripod.com


TANJUNG TUAN

Tanjung Tuan adalah unik kerana lokasinya yang diumumkan sebagai kepunyaan Melaka. Ia terletak 16km dari Port Dickson. Ia terkenal dengan Rumah Api yang telah dibina di zaman pemerintahan British
pada tahun 1860. Sekiranya cuaca baik dan cerah, kita akan dapat melihat Pulau Sumatera yang berada di Seberang Selat Melaka daripada puncak Rumah Api Tanjung Tuan ini. Rumah Api ini tidak lagi dibuka kepada pengunjung. Namun adakalanya penjaga Rumah Api ini tidak keberatan untuk membawa pengunjung memanjat 66-72 anak tangga untuk kepuncak Rumah Api ini. Berada di sini seperti berada di dalam cerita misteri penyiasatan dan pengembaraan tulisan Anid Blyton. Berkemungkinan ada terowong rahsia dan harta karun tersembunyi di sekitar kawasan rumah api ini !!!! Tapi anda perlu berhati-hati, kerana terdapat ramai penghuni asli bermaustatin di sini.....monyet-monyet yang kadang-kadang menghibur dan kadang-kadang mengganggu pengunjung!!!
Rumah Api ini masih lagi berfungsi untuk memberikan panduan agar kapal-kapal yang lalu waktu malam tidak melanggar batu karang.
Tanjung Tuan juga merupakan lokasi yang amat sesuai untuk pemerhati-pemerhati burung untuk menyaksikan perpindahan kumpulan-kumpulan burung seperti burung helang, burung layang-layang dan berbagai jenis burung yang lain sepanjang bulan September, Oktober, Mac dan April. Kita boleh sampai ke destinasi menarik ini dengan hanya menaiki teksi dalam tempoh selama lebih kurang 35 minit sahaja dari pekan Port Dickson.


 
KOTA LUKUT
30km dari Seremban anda akan menemui Kota Lukut. Kubu ini dibina oleh "Raja Jumaat" di atas bukit, Bukit Gajah Mati di Lukut, 7km dari Port Dickson. sekitar tahun 1826-27. kesan-kesan sejarah seperti tapak istana, Telaga Beracun, parit(ditches) yang mengelilingin kubu ini, 4 lubang bersimen, gelanggang pertarungan dan kolam. Kawasan perkuburan keluarga Di Raja Raja Jumaat terdapat di tengah pekan Lukut. Tentu ada banyak .  Kisah misteri yang tidak terbongkar di tapak kota ini. Penduduk sekitar juga  sering menceritakan peristiwa yang aneh yang berlaku dahulu dan kini juga yang berlaku di sini. 

SAMBUNGAN