Make your own free website on Tripod.com
 
FAL 2004
TAMADUN ISLAM
 
 
Kursus:
Tamadun Islam
Kod:
FAL 2004
Semester:
November
Kredit:
4 jam
 
 
Pengajar
HJ AHMAD FAUZI HJ MORAD
Objektif Kursus
Di akhir kursus, pelajar-pelajar akan dapat:
  • dapat mengenali slam sebagai sebuah tamadun sejagat dan cara hidup yang bersepadu dan berseimbangan yang menyumbang kepada kemajuan, hidup dan negara; termasuk masyarakat Islam di Malaysia dan pembangunan insan yang positif untuk semua zaman;
  • menghilangkan persepsi-persepsi yang salah atau prasangka negatif yang berterusan dalam masyarakat semasa tentang peranan Islam dalam dunia masa silam, masa kini dan masa hadapan;
  • dapat menjelaskan bagaimana nilai-nilai kemanusiaan yang melandasi institusi-institusi dan budaya Islam boleh memainkan peranan yang utama dalam menjamin mutu kehidupan yang beradab dan harmonis dalam proses globalisasi, industrialisasi dan pertumbuhan ekonomi yang pesat; dan
  • dapat menerangkan bahawa tamadun Islam mempunyai potensi dan keupayaan besar untuk menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia dalam merealisasikan objektif Wawasan 2020.
Sinopsis
Sinopsis Kursus : Islam sebagai Agama dan tamadun: konsep asas, sifat dan ciri-ciri utama; pandangan semesta Islam; Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber utama tamadun Islam; Epistemologi dan aksiologi Islam serta pengaruh tamadun Islam; konsep kekeluargaan dan kemasyarakatan serta pendidikan dalam Islam; konsep ekonomi dalam Islam; syariah sebagai asas pembentukan masyarakat dalam Islam; konsep pemerintahan dan pentadbiran dalam Islam; falsafah sains dan teknologi Islami dan bidang-bidangnya; konsep seni Islami serta konsep dan pencapaian seni bina dan perancangan persekitaran; Islam dan isu-isu semasa. 
 
 
Penilaian Kursus
Ujian 
Tajuk 
Peratusan
Tarikh
Tempat
Ujian I
1 - 5
35%
4 Jan
DKSAAS
Ujian II
6 - 10
35%
8 Feb
DKSAAS
Peperiksaan Akhir
11 - 14
30%
ADK
ADK
JUMLAH
100%
 
 
KANDUNGAN KURSUS
(Tajuk Kuliah)
 
Bil
Tajuk Kuliah
Minggu
1. 
Islam sebagai Agama dan tamadun: konsep asas, sifat dan ciri-ciri utam
1
1
Pandangan semesta Islam bersifat tawhidi dan mengikut hiraki mengenai Allah, manusia dan alam.
2
3. 
Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber utama Tamadun Islam
3
4. 
Epistemologi dan aksiologi Islam. 
4
5. 
Pengaruh Tamadun Islam. 
5
6. 
Konsep kekeluargaan dan kemasyarakatan 
6
7. 
Konsep pendidikan dalam Islam
7
8. 
Konsep ekonomi dalam Islam 
8
9. 
Konsep perundangan: Syariah sebagai asas pembentukan masyarakat dalam Tamadun Islam
9
10. 
Konsep pemerintahan dan pentadbiran dalam Islam. 
10
11 
Falsafah sains dan teknologi Islami. 
11
12. 
Bidang-bidang sains dan teknologi Islami. 
12
13. 
Konsep, prinsip-prinsip seni dan bidang-bidangnya
13
14.
Konsep dan pencapaian seni bina dan perancangan persekitaran
14
 
 
Rujukan
  • Ahmad Fauzi bin Hj Morad Hj. dan Ahmad Rarmizi Talib. 1997. Tamadun ISlam. Serdang: Penerbit UPM.
  • al-Attas. Syed Muhammad Naquib. 1978. Islam and Secularism. KL: ABIM.
  • Arnold, Thomas (ed). 1949. The Legacy of ISlam. London.
  • Qutb, Muhammad. 1975. Salah Faham Terhadap Islam (Terjemahan Yusoff Zaki). Kota Baru: Dian.
  • Sharir MohamadZain (ed) 1985. Pengenalan Tamadun Islam dan Sains dan Teknologi. KL: DBP.
  • Zaydan, Jurji. 1967. Tarikh al-Tamadun al-Islami. Beirut.
 
 
Jadual Kuliah
Kumplan
Hari
Waktu
Tempat
1
Isnin
11:00 pg - 1:00 ptg
Dewan Kuliah Pusat
2
Isnin
8:00 mlm - 10:00 mlm
Dewan Kuliah Pusat
3
Rabu
11:00 pg - 1:00 ptg
Dewan Kuliah Pusat
 
 
Peringatan: Bagi tujuan Ujian / peperiksaan, semua calon diingatkan supaya:
  • datang ke dewan peperiksaan dengan kemas (penggunaan slipoper tidak dibenarkan masuk);
  • masuk ke sesi yang ditetapkan mengikut jadual yang dikeluarkan seminggu sebelum ujian/peperiksaan;
  • membawa kad matrik/ pelajar yang sah bagi sesi/semester berkenaan (tiada kad matrik tidak dibenarkan menduduki peperiksaan);
  • menggunakan pensil 2B sahaja.
  • menghitamkan bulatan dgn sempurna seperti arahan dlm kad OMR;
  • menghitamkan maklumat peribadi calon ke atas 2 perkara sahaja pada OMR:
    • No matirk
    • Kod program ( contoh:  01=Diploma Pertanian)
  • membaca dan mengetahui semua peraturan peperiksaan yang terkandung dalam Prosedur Pendaftaran dan Jadual Waktu dan/atau Kalender Universiti.
  • CATATAN: Kegagalan mematuhi mana-mana arahan boleh menyebabkan: (1) pelajar dirujuk kepada Bhg. Hal Ehwal Pelajar untuk tindakan Bhg. berkenaan; (2) pelajar tidak dibenarkan masuk dewan peperiksaan; dan/atau (3) kad jawapan calon tidak boleh dibaca oleh komputer--markah "0" akan dirakamkan bagi calon berkenaan. 

 
 
Catatan
Jika ada sebarang aduan tidak puas hati terhadap apa-apa sahaja berhubung dengan kursus dan pengendalian kursus ini, sila kemukakannya kepada Penyelaras bersama kursus atau ke Ketua, Jabatan Pengajian Pembangunan Sosial (Tel.: 03-9486101 Samb.1733/40 atau email: jayum@eco1.upm.edu.my untuk tindakan serta merta
 
 
Mesej 
Semua pelajar FAL 2004, sila baca mesej ini sekali dalam dua minggu
1
Mula dipamerkan pada 16Julai 1997.