Make your own free website on Tripod.com

 

LENGGENG


Hutan Rekreasi Lenggeng telah dibuka pada tahun 1984. Ia terletak 16km dari Bandar Seremban. Air terjun setinggi 20 kaki menjadi daya tarikan tempat ini. Persekitarannya amat menyegarkan. Suasana hijau dengan udara nyaman serta jauh dari aktiviti manusia yang mengotorkan udara. Masuk adalah percuma.


HUTAN REKREASI JEMPOL SERTING ULU 


Satu lagi Hutan Rekreasi Negeri Sembilan yang popular di sini ialah di Serting Ulu. Terdapat air terjun dan beberapa jeram yang sesuai untuk dijadikan tempat berkelah dan menjauhkan diri dari kesibukan bandar. Ia terletak 3 batu dari Jalan Batu Kikir - Simpang Pertang. Kemudahan seperti tempat meletak kereta, titi gantung, gerai makan, lavatory dan pondok berehat ada disediakan untuk para pengunjung.