Make your own free website on Tripod.com

 

 

SEJARAH RINGKAS ASAL USUL NEGERI SEMBILAN

 

Orang-orang Bugis adalah perwira-perwira angkatan laut yang gagah perkasa dan mahir dalam peperangan laut. Angkatan laut Portugis, Belanda dan juga Inggeris banyak yang tewas di tangan mereka yang telah menguasai laut alam Melayu sehinggalah ke Riau dan Semenanjung Tanah Melayu.
 

'Bulat anak buah menjadikan Buapak
 Bulat Buapak menjadikan Lembaga
 Bulat Lembaga menjadikan Penghulu
 Bulat Penghulu menjadi Raja'

Nama Negeri Sembilan yang kita warisi sekarang ini adalah diambil dari nama 'Sembilan Negeri' yang diketuai oleh 'Sembilan Penghulu' yang menabalkan Raja Melewar. Perkataan 'Negeri' di pangkal huruf 'Sembilan' itu adalah diambil dari istilah yang lazim dipakai dari tanah leluhur (asal) Minangkabau yang membawa pengertian satu kawasan atau daerah yang kira-kira seluas luak atau mukim atau kampung, orang-orang Minang memanggil dengan nama 'negeri'. (Huraian lanjut mengenai perkara ini dalam buku 'Takhta Kerajaan Negeri Sembilan').