Make your own free website on Tripod.com
 

SEREMBAN

Seremban, ibunegeri bagi Negeri Sembilan adalah 64km di selatan Kuala Lumpur yang mempunyai penduduk seramai 263,287 orang.  Bandar ini bermula dengan dua baris rumah kedai yang dibina oleh pelombong-pelombong bijih timah pada zaman dahulu.  Dengan berkembangnya kemajuan dalam bidang pengangkutan, terutama keretapi, kini bandar Seremban telah membangun maju. Antara tempat menarik yang menjadi tumpuan pengunjung di sini adalah:
TAMAN TASIK (LAKE GARDEN)
 
Ia salah satu tumpuan pelancung yang datang ke sini.  Terdapt dua buah tasik yang di kelilingi oleh padang rumput dan pepohon yang menghijau.  Di tengah-tengah tasik terdapat sebuah pentas terapung di mana sering diadakan persembahan kebudayaan di sini. Di sini terdapat juga Taman Burung yang mempamirkan pelbagai jenis burung.  Di samping kedai makan minum juga banyak terdapat di sini.
 

MASJID NEGERI

Ia terletak di Jalan Dato' Hamzah. Terdapat sembilan batang tiang yang mewakili  sembilan daerah di Negeri Sembilan. Pelawat dimestikan memakai pakaian yang bersopan dan membuka kasut ketika memasuki Masjid ini.

PERPUSTAKAAN NEGERI
 
Bangunan perpustakaan ini terletak berhampiran dengan bulatan di Jalan Dato' Hamzah dan bersebelahan dengan Taman Tasik.  Ia dibina pada tahun 1912 sebagai bangunan Pentadbiran Negeri dan binaannya adalah mengikut senibina zaman penjajah

BANGUNAN PEJABAT SETIAUSAHA NEGERI

Ia dibina pada tahun 1987 antara Jalan Dato' Abdul Malek dan Jalan Dato' Abdul Kadir. Bangunan Wisma Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri juga terletak di kawasan ini. Senibina Dewan di sini berdasarkan senibina Minangkabau.  Pelawat juga boleh mengunjungi Istana Hinggap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang terletak di bahagian timur Jalan Dato' Abdul Malek.

PUSAT SENI BUDAYA

Kompleks ini mempunyai tiga bangunan utama iaitu Teratak Perpatih, Muzium Negeri dan model Rumah Minangkabaue. Ia terletak di atas tanah seluas lapan ekar sejauh 2km sahaja dari bandar Seremban. Teratak Perpatih adalah bangunan utaman di Pusat Seni Budaya ini. Ia mempamirkan kraftangan tempatan seperti tembikar, ukiran kayu, batik dan lain-lain.  Artifak sejarah seperti peralatan muzik Tradisional, pakaian tradisonal juga dipertunjukkan di sini. Bangunan ini mempunyai bumbung yang unik berbentuk seperti tanduk kerbau yang menjadi rumah tradisional orang-orang minangkabau.  Model Rumah Minangkabau juga dikenali sebagai 'Rumah Hantu' di kalangan orang tempatan. Ia telah dibina oleh seorang anak raja pada tahun 1898 di Kampung Air Garam, Mambau sebelum dipindahkan ke lokasi sekarang. Rumah ini dihiasi dengan perabut zaman dahulu.
Bangunan Muzium Negeri pula sebenarnya adalah Istana Ampang Tinggi yang dibina pada tahun 1861 oleh Yam Tuan Imam Sri Menanti di Ampang Tinggi, Kuala Pilah. Muzium ini dibina tanpa sebatang paku besi. dan merupakan tempat tinggal keluarga diRaja. Pada tahun 1953, ia telah dipindahkan ke Seremban dan dibaikpulih semula. Terdapat koleksi barangan yang digunakan oleh keluarga diraja ini seperti meriam, barangan tembaga dan perak. Terdapat juga meriam buatan British dan Melayu mengelilingi muzium ini. Meriam buatan tempatan dikenali sebagai "ekor lotong" dan "lela". Tarikan terbaru di sini adalah
Pusat Seni Budaya yang mempamirkan replika tiga batu misteri yang boleh juga ditemui di Pusat Sejarah Pengkalan Kempas.

HUTAN SIMPAN GALLAH
 
Hutan Tropika ini lebih kurang 7km dari Seremban mengikut jalan lama Seremban-Kuala Lumpur.  Terdapat kemudahan untuk berekreasi, jungle traking, berkelah, berkhemah, taman permainan dan pondok rehat.  Masuk adalah percuma.

 HUTAN LIPOR ULU BENDUL
Air terjun Ulu Bendul terletak kira-kira 20 km dari Bandar Seremban dan 22 km dari Pekan Kuala Pilah.Hutan lipur Ulu Bendol begitu sesuai untuk rekreasi dan riadah dengan berlatar belakangkan pepohon hijau dan bukit-bukau serta batu-batan pejal yang unuk lagi menarik.Air terjun ini sungguh jernih,dingin dan bersih. Di sini juga terdapat sebuah taman bunga. Suasana kawasan ini begitu segar dan ini menjadikannya antara tempat perkelahan yang popular di Negeri Sembilan. 
Bagi mereka yang suka mengembara di dalam hutan pasti tidak akan melepaskan peluang mendaki ke puncak Gunung Angsi setinggi lebih kurang 825m(2,707ka) atas paras laut. Sungai Batang Terachi dan beberapa batang anak sungai dihulunya amat sesuai bagi mereka yang berminat mengadakan ekspedisi menyusur sungai sambil mengharungi airnya yang dingin bagikan ais. Dengan adanya berbagai tumbuhan dan binatang, udara nyaman dan suasana semulajadi yang tenang, hutan lipur merupakan tempat yang sesuai untuk beristirehat dan berekreasi.