TAMPIN


GUNUNG TAMPIN

Lokasinya hanya 2 batu sahaja dari pekan Tampin. Ia menjadi tumpuan anak-anak muda di waktu cuti sekolah untuk aktiviti lasak 'jungle tracking', perkhemahan dan perkelahan bersama keluarga. Terdapat denai (jalan kecil) yang disediakan untuk para pendaki untuk tiba ke kemuncak Gunung Tampin ini.

'Homestay' di Kg. Seri Repah

Di kampung ini telah diujudkan satu perkampungan 'homestay' yang bertemakan pertanian dan menonjolkan cara hidup kampung kepada para pengunjung yang mahu mengenali adat tradisional orang melayu di sini. Rumah-rumah kampung disediakan untuk menjadi kediaman para pengunjung yang ingin merasakan cara hidup kampung. Persembahan budaya seperti Tarian Tumbuk Kalang juga akan menghiburkan para pengunjung (dengan permintaan) yang berkunjung ke sini. selain dari itu, pengunjung akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik lain yang terdapat di sini (atas permintaan)  tempat-tempat bersejarah, Wet Water World di Pedas dan lain-lain.

Tarian Tumbuk Kalang.

Bermula dizaman dulu di ketika penduduk kampung sibuk mengemping padi. peralatan menumbuk padi untuk dijadikan emping itu menghasilkan bunyi yang menarik, lalu tercetuslah ilham pada anak-anak muda di ketika itu untuk menghiburkan penduduk yang berpenat lelah menumbuk itu. 
Mereka mencari kayu yang dipanggil Kayu Sulam Pagar untuk dilaga-lagakan sambil diharmonikan mengikut rentak antan pada lesung di mana padi ditumbuk itu. Manakala wanita-wanita pula menggayakan tarian mengikut rentak bunyi dengan nyanyian yang tertentu. Tarian ini melibatkan 3 peringkat yang dipanggil menganak, membolong dan memapak.