TEMPAT MENARIK DI PORT DICKSON

PORT DICKSON


Di samping Seremban, Port Dickson juga salah satu daya tarikan di Negeri Sembilan yang mempunyai pantai yang indah dengan pasir putih bersih dan laut Selat Melaka yang membiru. Terdapat sebuah lagun di Tanjung Tuan dengan dikelilingi pepohon Rhu yang amat sesuai untuk membawa keluarga atau kawan-kawan berkelah. Kawasan ini disahkan selamat daripada ancaman ikan jerung.
Kemudahan untuk para pelancong dan pengunjung seperti Hotel, Resot, kedai makan dan taman rekreasi terdapat di sepanjang pantai Port Dickson ini .

SEJARAH


Port Dickson juga dikenali sebagai Tanjung. Perlombongan bijih timah telah giat dijalankan sekitar tahun 1820-an yang menarik ramai pendatang cina masuk ke tempat ini
Port Dickson dan Pulau Arang dibuka oleh Sir John Frederick dalam tahun 1889. Ia didapati sebagai tempat yang sesuai untuk membuka pelabuhan yang kemudiannya dibangunkan sebagai pusat perdagangan yang maju. Jalan Keretapi dibina untuk memudahkan pengangkutan. Walaupun pembangunan pesat di Port Dickson, namun pantainya tetap terpelihara keindahannya 

TANJUNG TUAN

Tanjung Tuan adalah unik kerana lokasinya yang diumumkan sebagai kepunyaan Melaka. Ia terletak 16km dari Port Dickson. Ia terkenal dengan Rumah Api yang telah dibina di zaman pemerintahan British
pada tahun 1860. Sekiranya cuaca baik dan cerah, kita akan dapat melihat Pulau Sumatera yang berada di Seberang Selat Melaka daripada puncak Rumah Api Tanjung Tuan ini. Rumah Api ini tidak lagi dibuka kepada pengunjung. Namun adakalanya penjaga Rumah Api ini tidak keberatan untuk membawa pengunjung memanjat 66-72 anak tangga untuk kepuncak Rumah Api ini. Rumah Api ini masih lagi berfungsi untuk memberikan panduan agar kapal-kapal yang lalu waktu malam tidak melanggar batu karang.
Tanjung Tuan juga merupakan lokasi yang amat sesuai untuk pemerhati-pemerhati burung untuk menyaksikan perpindahan kumpulan-kumpulan burung seperti burung helang, burung layang-layang dan berbagai jenis burung yang lain sepanjang bulan September, Oktober, Mac dan April. Kita boleh sampai ke destinasi menarik ini dengan hanya menaiki teksi dalam tempoh selama lebih kurang 35 minit sahaja dari pekan Port Dickson. 


KOTA LUKUT.

30km dari Seremban anda akan menemui Kota Lukut. Kubu ini dibina oleh "Raja Jumaat" di atas bukit, Bukit Gajah Mati di Lukut, 7km dari Port Dickson. sekitar tahun 1826-27. kesan-kesan sejarah seperti tapak istana, Telaga Beracun, parit(ditches) yang mengelilingin kubu ini, 4 lubang bersimen, gelanggang pertarungan dan kolam. Kawasan perkuburan keluarga Di Raja Raja Jumaat terdapat di tengah pekan Lukut.

KOMPLEKS SEJARAH PENGKALAN KEMPAS

Kompleks ini terdapat 35km dari pekan Port Dickson. Batu nisan zaman silam yang dikenali sebagai Keramat Sungai Udang ini kepunyaan (theologian), Sheikh Ahmad Majnun yang merupakan arch rival Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka yang reigned tahun 1457-77. Batu nisan yang ditulis dalam tulisan jawi berbahasa Arab dan Kawi (Bahasa Sumatera purba) juga ditemui di sini. Ia nya jenis (megalith) dan berukir.

HUTAN REKREASI PASIR PANJANG

Ianya 28km di selatan Port Dickson. Ia mula dibuka kepada publik pada tahun 1985. Ini adalah juga tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh para peminat burung. Ia terletak di kawasan coastal dengan pemandangan yang cantik. Kemudahan Rumah rehat ada disediakan di hutan rekreasi ini.


SAMBUNGAN