Make your own free website on Tripod.com
KOMPLEKS SEJARAH PENGKALAN KEMPAS


Keramat Sungai Udang ini terletak di Pengkalan Kempas,Port Dickson.Di kawasan ini mengandungi beberapa batang batu hidup dan sebatang batu bersurat yang mengandungi tulisan Jawi dan Arab. Di antara batu-batu hidup itu terdapat tiga yang menarik, masing-masing berbentuk kemudi, sudu dan pedang.Sebuah batu hidup lain berbentuk sebagai penangkis. Disinilah terletak makam Sheikh Ahmad Majnun, dan segala tinggalan ini dikaitkan dengan asal kedatangan ugama Islam ke Negeri Sembilan.Tulisan jawi yang terdapat pada batu-batu ini adalah dalam bahasa lama Sumatera yang dikenali sebagai "Kawi". 

HUTAN REKREASI PASIR PANJANG


Ianya 28km di selatan Port Dickson. Ia mula dibuka kepada publik pada tahun 1985. Ini adalah juga tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh para peminat burung. Ia terletak di kawasan coastal dengan pemandangan yang cantik. Kemudahan Rumah rehat ada disediakan di hutan rekreasi ini.